tak tahu nak letak tajuk apa

pagi tadi bangun pukul 6am. tapi sebab penat semalam tak habis lagi, tertido balik. sedar-sedar pukul 6.42am. gila! sudah lah kena pergi Cyber dengan menumpang Ayu Kama, lambat pula. lepas tu, siap cepat-cepat, pukul 7am keluar rumah. tengah melintas padang, bas aku dah blah. aku nampak sayup-sayup dari jauh. sedeh gila kena tinggal bas. jadi memang lambat. Ayu Kama pon dah berapi tunggu aku tak sampai-sampai. err.. sorry.

.

hari ne berjumpa dengan dua orang puteh. satu mix Chuck Noris dengan Hulk Hogan , satu lagi Jon Markovich botak. misai Chuck Noris/ Hulk Hogan sangat panjang. gila la, ini lah kali pertama jumpa manusia begitu secara langsung. sebelum ini, panorama begitu hanya boleh di lihat di kaca televisyen sahaja. dan Jon Markovich botak sangat kelakar. Jon (ouh mari kita panggil dia Bill sahaja), semalam dia nampak telefon warna merah. dia angkat gagang telefon tersebut dan berkata, “HELLO, BARACK OBAMA? BARACK OBAMA??“, “red telephone connects to white house..“, hari ne dia buat lawak lilit leher Chuck Noris dengan kabel monitor, lepas tu buat gaya nak cekik-cekik orang lah. lepas tu ada satu lagi dia cakap, “ouh, there’s one more projector? you can project it here” *sambil tunjuk kat kepala botak licin dia tuh*. bengong gila.

.

ouh ingat tak semalam aku kata akan dapat sesuatu tu. hmm, dapat headphone dan set secret recipe. kek indulgence dengan jasmine tea. dapat masa lewat petang. oleh kerana harga semua tu per head tak sampai rm200 seorang, jadi boleh la nak makan. tapi kami neutral oke. ouh ya, cheesecake juga ada.

.

hari ne juga adalah super penat. aku mahu tido. aku mahu hujung minggu. aku mahu berehat sepuas-puasnya hujung minggu ini. hari minggu ini sangat penat ke sana ke mari. aku rasa esok juga akan sampai pukul 10 malam ke rumah. hah.. ini lah dugaan. jom kita bersabar.

.

.

Marcos:

“maaf sangat penat, jadi entry juga pendek-pendek..”

p.e.n.a.t

hari ne, kena merantau ke Cyberjaya. ada kerja kat sana. tengah-tengah kat sana, Farid kawan sekolah datang. eh, kawan sekolah apa, kawan satu kelas haa. da makin berisi dah. aku je tak berisi-berisi dari dulu. entah boleh entah tidak. banyak sangat berjalan hari-hari. ouh tadi balik dari Cyber pukul 7 lebih-lebih sikit. kemudian balik pejabat. ada lah kena buat satu perkara. tak boleh bagitao apa dia. kemudian balik. kat Pasar Seni, naek bas pukul 9. sampai rumah pukul 10.15pm.

.

ya Allah, penat nya. T________T. tidak mengapa lah, anggap sahaja ujian di masa muda. saya rasa mahu tido sekarang, sebab perut adalah lapar. saya tidak makan malam hari ne, malam-malam buta begini, di mana saya mahu dapatkan makanan? KFC? sudah tidah tempting lagi. apa yang penting adalah rehat. saya mahu tidur!! ah? mengapa saya begitu sopan ketika penat. celaka.

.

.

Marcos:

“esok katanya akan dapat gift baju.. oo nak bodek eh? orang bagi aku amek..”

mereka yang aku sayang

wang kertas

wang kertas (click untuk besarkan)

.

tadi aku bukak gambar-gambar lama. lepas tu terjumpa gambar ne. ini gambar wang kertas dari seorang kawan yang sangat sangat sangat teramat (oke we get it!) baek dengan aku. nama dia Nadia (oke memang terpampang kat situ kan..). kami kawan sejak tingkatan empat sampai sekarang. dia sangat baek, lemah lembut, caring, concern dan macham-macham lah. sekarang the best girlfriend i ever had ialah dia. dan walaupon dia rendah, sedikit berisi, dan lebih tua, aku memang sayang gila kat dia, jangan salah faham, sayang kepada kawan-kawan lah. jadi siapa-siapa lukakan dia, tak kira lah fizikal ke, emosi ke. memang aku akan hancurkan orang tu! ini adalah amaran!!

.

a

jersi nombor 7

.

ini pulak keychain jersi merah the RED DEVIL!!. nombor tujuh. hadiah daripada kawan perempuan yang aku sayang jugak. nama dia Reenee. aku kenal dia kat universiti dulu. mula-mula kitorang pergi satu kem ne, kat Cameroon Highland. tak rapat sangat, tapi lepas tu kitorang pergi jadi askar kat Kem Terendak, Melaka. kat situ kitorang satu team (kot). tapi lepas tu jadi rapat gila. lepas-lepas tu, kitorang selalu la lepak sekali sebab kitorang dok dalam kolej serumpun, maknanya walaupon kolej laen-laen, tapi still dalam tempat yang sama. dan dia suka buli mintak aku buatkan kerja rumah dia (business admin punya assignment hahaha). keychain ne dia beli masa dia lawat kakak dia kat Scottland. (entah eja negara orang betol ke tidak). macham tahu-tahu je tu nombor feveret aku. thanks lof, i lav u!! tapi keychain ne aku tak jumpa pulak kat mana sekarang. aku tinggal kat pejabat ari tu, ne dah kena pindah randah ne entah mana-mana barang-barang aku hilang. so sapa-sapa kalao terjumpa tolong pulangkan boley? aku sayang gila keychain tu. pleaseeeee T_______T.

Read the rest of this entry »