just another sketching

hello, saya sudah lama tidak melukis, kali terakhir adalah pada beberapa minggu lepas mungkin, sebelum balik kampung, jadi hari ini, setelah meneliti blog seorang awek ne, dan meneliti gaya tudung beliau beserta satu pose tangan yang menarik saya mula melukis. saya bukan melukis 100% beliau, kerana baju itu saya lukis sendiri (ok ade tiru unsur-unsur baju die jugak sikit :p) dan pose tangan lagi satu juga atas imaginasi sendiri. kepada si dia yang saya cedok gaya tudungnya. i hope u dont mind.. hee XD

.

setel buat gaya

setel buat gaya

i think she's hawt.. XD

finished.. hee XD

.

baek lah, sekian, terima kasih.. XD

.

.

KhaiRie:

tetiba minat lagu Bencinta, aku rasa aku sudah demam agaknya..

dan lagu-lagu di radio..

mendengar lagu dengan hanya sebelah telefon-telinga

aku rase bentuk telinga aku agak unik? kan? :)

.

hari neh sampai awal di opis, sangat-sangat ekceli. hanya Nadal yang kelihatan kelibatnya. itu pon hanya sipi-sipi rambut lah yang kelihatan dari tempat aku neh, kalao itu bukan Nadal pon, aku akan piker itu Nadal jugak. aku tak mahu ingat lagi cerita Keliwon rekaan Shanan tempoh hari. kalau tidak, aku cuak doh. beliau (Shanan lah siape lagi) memang banyak akal nak reka cerita-cerita berbentuk Keliwon sebegitu. sumpah menyesal baca mesej dari makhluk neh.

.

jadi settle down kat meja, keluarkan laptop -turn on, bace Kosmo online, nak gi makan awal lagik, baru 7.30am beb. awal gile. mungkin manusia kat KL ne pulang bercuti ke kampung gamaknya. jadi jalan tidak sesak. sambil tunggu rakan-rakan yang laen datang, layan lagu Aizat-Pergi hasil dari memuat turun dari internet secara haram sudah tentu.

sedap didengar

sedap didengar

pastu layan lagu ne.. uwaaah! memory 80-an!!

pastu layan lagu ne.. uwaaah! memory 80-an!!

tu lah dia lagu-lagu yang akan berkumandang di lappie ne sekarang. lagu roxette tu memang dah dengar dari zaman kereta cuma ade pemain kaset ajer. layan oh lagu omputih zaman 80-an. cam lagu Mikail Jekson semer. perghh. mantOp seyal! dan sebenarnya, tak masyuk sangat melayan lagu sebab dengar sebelah je. penyebab kenapa dengar sebelah ajer ialah:

tengok tuh.. satu je yang ade getah, lagi satu ilang dalam bas! wuuu :"(

tengok tuh.. satu je yang ade getah, lagi satu ilang dalam bas! wuuu :"(

kalao la buat-buat bijak pakai jugak yang takde getah tu, nanti sakit pastu ade kebarangkalian untuk mendapat pendarahan dalam telinga dalam 35%. takot woh darah-darah neh. boleh pitam nanti. plus, nanti kalao ade sape-sape yang cube curi earphones neh, dibuatnye jenis tak penah korek taik telinga setahun, melekat kat situ. aku buang terus doh! jangan ko cube curi. earphone cuma untuk kegunaan seorang sahaja tahu! kalao headphone takpe, sebab die beso. takleh masuk sampai dalam lubang telinga, dok luar ajer. tee hee hee :D

.

.

KhaiRie:

it’s a small world so you have to use your elbows a lot.. tsk tsk..