perutusan raja sehari

hi kamu.. oh! dan kamu di belakang itu juga.. hari ini, saya mempunyai satu kelas yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan perkerjaan. atau secara mudahnya, berkenaan keselamatan diri sendiri ketika waktu bekerja dll. pengajar kelas itu, tidak lah tua, dan memang tidak muda juga. dan kelas itu terdapat ramai staff-staff dari seluruh negara dan berbilang umur. secara jujurnya, saya mengantuk di dalam kelas itu tapi terpaksa ditahan-tahan demi menjaga hati pengajar tersebut, sudahlah dipaksa duduk di baris paling hadapan, saya juga dijadikan bahan contoh mewakili staff -staff yang muda-muda di syarikat. saya berasa agak malu kerana bila pengajar itu bercakap tentang staff yang muda, tangan beliau akan secara langsung menunjukkan saya, dan semua di dalam kelas akan memandang saya. atau itu mungkin hanya imaginasi saya sendiri. walau apa pon saya tetap agak malu.

.

kemudian saya dan En. Apek (beliau Melayu, tapi bermata sepet) sepakat mahu makan tengah hari ikan bakar. saya mula  mengajak En. Rabie, beliau agak keberatan pada mulanya, kemudian saya bertanya kepada Cik Ayu dan Cik Mas sudikah mereka keluar makan tengah hari bersama-sama kami di gerai ikan bakar, setelah mereka menyatakan persetujuan beserta senyuman di bibir-bibir mereka yang terlebih dahulu disapu gincu itu, saya mengajak En. Rabie kembali. beliau kemudian setuju untuk turut serta. jadi kami bergerak dari Semarak ke Keramat dengan kadar yang agak segera. oh! En. Mackenzie juga turut serta. bak kata Cik Mas, beliau kelihatan segak hari ini.oh! Cik Khadijah juga, suara beliau telah banyak berubah, kini beliau tidak lagi bersuara ibu raksasa. cuma suara anak raksasa sahaja.

.

jadi di gerai ikan bakar tersebut, saya memesan ikan cencaru bakar yang mana baru hari ini saya tahu nama sebenar ikan tersebut, untuk makan seorang. En. Apek dan En. Rabie memesan ikan pari untuk dua orang, begitu juga Cik Ayu dan Cik Khadijah. kononnya ’sharing is caring’. Cik Mas dan En. Mackenzie cuma minum air sahaja, tetapi kami atas dasar ’sharing is caring tadi’, menghulur seberapa sedikit ikan-ikan bakar kami kepada mereka. sesungguhnya ikan bakar di situ sangat lazat. malangnya saya terlampau sibuk makan sehingga lupa untuk mengambil gambar. sungguh lah sangat sedap lagi lazat sehingga saya berpeluh-peluh disetiap tempat yang boleh berpeluh. saya rasa lah. tak pernah saya makan sehingga berpeluh-peluh sebegitu rupa. mungkin cuaca juga salah satu faktor. kami balik selepas Cik Mas cuba digoda oleh seekor lipas, malangnya saya yang duduk di sebelah Cik Mas itu. saya dihimpit-himpit sehingga hampir jatuh tetapi tidak jadi, oleh beliau kerana mahu meloloskan diri dari godaan lipas yang merayap-rayap di tiang dan dinding di belakang beliau itu.

.

seterusnya kami pulang. Cik Ayu menyatakan kesudian beliau untuk menghantar saya dan En. Mackenzie ke LRT berhampiran. terima kasih Cik Ayu, menurut beliau kereta yang dipandunya itu milik buah hatinya. jadi Cik Ayu sudah tidak available. PUAN Zaty sila cemburu sekarang.

.

sampai di rumah, saya mendapati sampah sangat banyak di dalam tong sampah, jadi saya buangkan semua sampah-sampah itu. OMG! tong sampah itu sudah berair, jadi tanpa rasa geli saya terus membasuhnya, saya tidak mahu peristiwa tong berulat berulang. sangat menjijikkan jika berulat. jadi sekarang tong itu sudah selamat dibersihkan dan bersih kuman. cuma perlu dijemur kerana masih basah. jadi jika ada di antara housemate saya yang membaca blog ini, tong sampah ada di beranda, sedang dijemur. buat masa terdekat, sila buang sampah di dalam plastik yang saya telah sediakan di dapur.

.

oh ya, selepas membuang sampah tadi, saya memeriksa peti surat rumah saya, ada sekeping surat di situ, untuk siapa ye? saya berfikir. wah! hati saya berbunga-bunga melihatkan nama penerima itu. iaitu nama samaran saya suatu ketika dahulu tapi entah kenapa suami Siti Nurhaliza yang mendapat glamor yang berlebih-lebih. surat itu adalah sekeping perutusan raja sehari dari seorang rakan wanita saya ketika di universiti dahulu, seorang teman yang agak sering saya lepak bersama, sambil menggedik-gedik ketika mengambil gambar. oh! begitu saya merindui saat itu. tidak saya sangka beliau telah sampai jodoh dengan begitu cepat. tapi jika diikutkan memang lah perlu begitu, kerana umur beliau lebih tua dari saya sebanyak tiga tahun, memang wajar mendirikan rumah tangga sekarang. dan insyaAllah saya akan datang jika tiada aral yang melintang.

.

siapa yang patut saya ajak agaknya.. hmm..

oh saya perlu berpasangan rupanya.. ("-____-)? *angguk angguk*

.

.

khaiRie:

“bila hati sudah bertaut, janji ditambat disertakan ijab bersaksi