halu, selamat waktu malam pretty people sekalian.. diari saya pada hari ne, sedia? baik, saya terlepas bas pada pagi-pagi buta itu, jadi terpaksa tunggu di bas stop itu selama beberapa puluh minit, dan selama beberapa puluh minit itu juga lah, banyak nyamuk-nyamuk mengigit/menyucuk saya. saya memang benci nyamuk. binatang itu memang sial gampang. kemudian saya bas datang saya duduk di seat paling belakang, kerana seat kegemaran saya di dalam bas bernombor U70 itu, telahpun selamat diduduki oleh seorang apek. seat gwerrr T_T. saya tidak membawa jaket, dan di seat yang saya duduki itu memang direct terkena aircond. memang sangat sejuk, saya rasa hampir mati duduk di situ. tambahan pula hujan turun disepanjang perjalanan bas itu. memang tunggu masa nak arwah kerana nyawa hampir diragut frostbite.
.
kemudian saya ke Ampang Park dengan menaiki LRT kerana ada training di Semarak, hujan masih turun, bertuahnya saya kerana teksi sedia menunggu, brader teksi itu agak ‘ramah’, kerana saya tidak mahu bercakap, tetapi saya telah diajukan dengan soalan-soalan dengan bertubi-tubi. sangkaan beliau, saya seorang student. err, tapi saya bukan student. jawab saya. akhirnya beliau diam. tambang adalah sebanyak RM4.10, tetapi 10sen itu tidak perlu dibayar. trimas.
.
kelas pagi sangat best, mendapat seorang presenter yang manis cukup untuk menerang dan menghangatkan pagi yang sejuk. beliau tidaklah cantik tetapi manis. tapi awas, beliau dah pun berkahwin. sesi petang sangat boring. tapi demi mendapat wang saku sebanyak RM5, saya gagahi juga dengan menutup mulut ketika menguap dan juga menconteng nota-nota yang diberi. petang itu adalah petang terpanjang di dalam hidup saya. tidak pernah saya merasa sebegini rupa. anda patut mengalaminya sendiri. Read the rest of this entry »


