just get back from makan-makan kat kedai sebelah asampedas dengan member, ingat nak makan kat asampedas, tapi hujan, jadi meja banyak basah, so makan kat kedai sebelah, naseb ko ler, pesal meja-meja tu tak cover leklok? kan da basah, tak dapat ko revenue dari aku. hahaha. tapi kedai sebelah pon ok jugak. makan tadi makan tomyam, gile crave lame gile tak makan tomyam, takde la sedap sangat, but well, dah lapar gile babs, bedal je la. order seafood tomyam, awal-awal lagi aku bagi amaran, jangan campur haiwan darat cam ayam, aku nak pure seafood. boleh die tanye abes tu, kalao daging boley? eaaaaaa!! aku cakap takmo haiwan darat!! aku nak lautan sahaja. belasah kang! tapi ade jugak due ketul ayam dalam tu, sabor je. sebab tak elok makan tu campur-campur makanan laut dengan darat. tapi tu la yang sedap nye.. W.E.. T_T
.
so sambil makan sambil sembang. yang member ne boley pulak bertanye pasal, “weh ko penah tak crush kat orang, cane ek nak lupakan?”. uuish, memang silap la, aku ne memang la penah crush, tapi mane penah tegur. eh? itu minat aje. bukan crush. teehehe. layan awek sampai awek tu crush kat aku pon penah, tapi buat dunno bile die mula-mula tunjuk suka kat aku. gile keji perangai. dulu la, sekarang tak kot. entah. hahaha XD. pastu member ne story la pasal die dengan awek ne. pergh meruntun jiwa dan perasaan. hahaha. weh kalao ko bace ne, maaf lah yer. sekadar berkongsi dengan dunia. tak payah la aku cerita detail, tapi cukup la aku cerita yang member aku ne hati tengah berkecai berai sekarang. punye la frust menonggeng, entah la. tapi tadi cam ok, aku pon tak tahu elok ke tak mental die sekarang. semoga beliau tabah.
.
dan tadi tibe-tibe dapat call dari seseorang, dua ari lepas pon ade orang dari tempat yang sama call. on behalf of imran ajmain. ari tu aku submit details untuk attend gala ball untuk die punye video clip. but macam busy la pulak minggu ne, kalao la die buat weekend, konfem la bley pegi. ne macam da start bizi takleh la nak kacao weekdays. aku memang ingat nak bagi confirmation takleh pegi ari tu. tapi bizi terlupa. bersalah plak. tapi dah lepas, aku ingat takpe la. tetiba malam ne die call. aku cakap la sorry sebab terlupa langsung nak confirm. seb baek die ok. u cool babeh. dura kot name die, yang ari tu laila. sorry la imran takleh datang. hope the video shooting and the gala ball run well. eceh macam la kenal sangat, setakat beberapa kali komen kat status fb die penah la. hahaha. you rock man. oh silap. jiwang man!
.
ok la.. cukup! cukup! aku nak tido. selamat malam semua.
.
.
khaiRie:
“makan sampai nak termuntah..!!”



