Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.
1. Bekas kekasih saya adalah :
- saya masih berlum berpunya, apetah lagi berkasih..
2. Saya sedang mendengar :
- Mad World dari Adam Lambert yang mengaku gay itu..
3. Mungkin saya patut:
- menutup Dragonica dan menonton cerita-cerita yang saya ambil dari cik Izyana..
4. Saya suka :
- bermaen dengan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah dan mendukung bayi kerana mereka comel..
5.Sahabat-sahabat baik saya :
- semuanya telah baligh dan cukup umur, alhamdulillah..
6.Saya tak paham :
- kenapa saya lebih suka mee dari nasik..
7.Saya kehilangan :
- seorang bapa
8.Ramai yang berkata :
- “ko makan ke tak ne?”, alah yang ko tu gemuk, ko tak sedar..
9.Makna nama saya :
- khairie bermakna kebaikanku, dan saya memang seorang yang agak baik, bukan terlalu baik..
10.Cinta itu adalah :
- hangat-hangat taik ayam, mula-mula rindu, kemudian pegi mamP..
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- beromen di atas dapur *pangggggg!! lempang diri sendiri..* :”(
12.Saya akan cuba :
- mengumpul duet dan berjimat dengan segigih mungkin!
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- “para siempre!! siempre!!”, ayat yang terkeluar dari foreigners kat ofis aku, ingat aku tak paham spanish?!!
14.Telefon bimbit saya :
- berwarna hitam dan sedikit oren kekeliauan, dan hampir rosak sehingga saya mahu campak ke dalam tasik di depan rumah
15.Bila saya terjaga dari tidur :
- hari ne, saya meraba-raba katil saya mencari telefon selular yang ntah di mana-mana tercampak..
16.Saya paling meluat apabila :
- saya tahu bahawa dia berbohong, dan dia tahu saya tahu, tetapi berbuat bodoh sahaja..
17.Pesta/Parti adalah :
- mengerikan, tapi parti adalah agak seronot sebab saya dapat makan secara percuma
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- bontot Jeniffer Lopez dan mulut Anna Faris
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- peringkat didukung dan diberi susu, bebas tanpa masalah..
20.Hari ini :
- saya duduk di dalam bilik bermaen Dragonica
21.Malam ini saya akan :
- berusaha untuk menonton televisyen dan berhenti bermaen Dragonica untuk hari ini..
22.Esok pula saya akan :
- mungkin keluar ke OTK dan membeli bahan masakan seperti cendawan..
23.Saya betul-betul inginkan :
- seorang teman wanita yang cantik (kaya is a plus)
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- lelaki kacak sudah berambut panjang.. hmm..
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- pusat membeli-belah..
26.Makanan Barat atau Jepun :
- masakan italy dan sushi..
27.Bilik yang terang atau gelap:
- saya suka bilik saya gelap, akan tetapi bilik saya sekarang sangat terang warnanya.. emm..
28.Makanan segera adalah :
- boleh mendatangkan penyakit, percaya cakap saya..
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- ok sambung nanti..
30.Siapa yang anda nak Tag?
- cik fathen (asah bahasa melayu anda), cik wawos, cik bai, cik izyana, cik liyana, cik zati, kak dian epal hijau, encik murtaza mustafa, encik hafidzuddin, kakpiah/kakwos, kak isni, cik wanie E, oh! abang ben!! sila update!



