mood hari ini adalah riang, akan tetapi mood pada waktu sekarang adalah sangat lapar. saya belum makan lagi hari ini. saya tidak makan pagi, kerana waktu saya bangun tidur adalah cuma slightly nak masuk pukul 12pm. sebab semalam saya layan cite Confession of a Teenage Drama Queen lakonan Lindsay Lohan yang lesbian itu. waktu tu mungkin masih lagi straight agaknya. makan tengah hari? ouh, tiada bahan masakan kegemaran saya, jadi saya tak mahu memasak, jadi saya sibukkan diri dengan menggosok 5helai baju kemeja kerja. menggosok baju adalah memenatkan. satu baju mengambil masa selama 10/15 mins. sangat takbley blah. sambil gosok sambil tengok Melodi. omg! dah lame tak tengok tv. sume adalah angkara Dragonica durjana itu. ouh sangat addicting!! T_T
.
kemudian sapu sampah, kerana saya dah lama tak sapu ruang tamu itu, takde lah kotor, cuma.. itu lah.. berabuk sedikit. dan juga menyapu bilik saya sendiri kerana bilik-bilik yang laen adalah berkunci. (sila menyesal kerana saya ber-mood baek hati hari ne). kemudian telefon cik Baizura tentang hari esok, seterusnya telefon kakak di Subang memberitahu tentang hari esok, dan seterusnya ber-online. tiba-tiba Jabir bagi YM tanya tentang cerita robot terfofular tahun ini.”aku tak tengok lagi, takde geng oh!“, “bagus!“, huh? bagus? die nak ajak tengok skali. die lah geng yang saya ada, walaupon masih berada di Perancis, gigih mengajak menonton bersama-sama. yang laen? no komen. oh saya masih tidak berkereta, itu adalah salah saya. ouh, sila balik Malaysia dengan selamat awal bulan hadapan. kemudian saya bermain Dragonica (tak boleh menahan diri.. T_T).
.
dan tadi saya berbicara dengan cik Baizura tentang hari esok. banyak isu diketengahkan, apa dia? oh biarlah rahsia. kamu dan kamu yang membaca itu sangat bahaya. hal yang elok, elok lah dirahsiakan dari kamu dan kamu. kemudian saya pergi ke OTK, membeli bahan-bahan masakan seperti cendawan butang (saya baru tahu ia dijual di dalam tin, patutlah hari tu saya tak jumpa -trimas Izyana for the info *wink*), prego, dan spaghetti. oh! dan ayam kisar juga!! sangat best ok! hari-hari saya bakal dipenuhi masakan itali! *tutup mata membayangkan negara itali. hmmmm dan senyum*. dan juga penanda kertas, supaya tidak lagi meminta dari Abg Alfian kerana die akan memerli setiap kali nak mintak satu penanda kertas. i’ve bought it already, dont u worry OK!
.
dan malam ne mungkin tak maen Dragonica. saya penat. oh akan keluar makan malam dengan kawan juga. entry yang membosankan bukan? kerana cuma bercerita tentang diri sendiri dan hari saya sahaja. dan tiada gambar. mood untuk bergambar telah pecah meletup-letup kerana rambut sudah panjang. maaf, anda layak dapat lebih dari ini. tapi siapa lah saya untuk menentukan ketentuan ini. eh? dah la, hari sudah menjadi maghrib, saya mahu mandi dan semayang.. dan makan semahunya selepas ne. jadi umm, selamat malam semua. semoga hari esok adalah best walaupon hari esok adalah hari isnin. *geleng kepala memikirkan hari isnin -yep tutup mata untuk efek lebih serius..*
.
.
khaiRie:
“no Dragonica tonight! .. .. (berjayakah misi ini?)”



