kadang-kadang deep inside aku rasa malas nak update, sebab bila dah menulis blog ne, hidup kita akan jadi tatapan umum. sampai hari ne aku masih tak paham kenapa boleh ada beribu-ribu orang dari luar negara masuk blog aku. sungguh tidak relevan. iye aku ada post entry tentang perkara-perkara dalam hidup aku, tapi ironinya beribu-ribu manusia dari beratus-ratus negara datang membaca benda yang sama setiap hari. tidak normal. dan sudah tidak ada privasi di situ. aku tak perlukan perhatian dari orang ramai, apa lagi mahu menjadi glemer. aku bukan seorang yang suka menjadi “eh? itu kan Khairie Rahman“. TIDAKKKKKKKKKKK!!
.
begitu juga mereka yang berada di sekeliling. mereka membaca secara senyap. aku tak salahkan mereka kalao hendak membaca, suke hati engkau lah nak baca, aku pon bukan sulit kan aku punya blog. tapi bila nampak di luar, kalao nampak aku, mereka akan bandingkan karekter aku di dalam dan di luar blog. kamon la weh! aku bukan seorang yang mesra di luar. jadi jangan lah engkau ingat engkau pandang aku sekali kat luar, terus mengharapkan aku senyum dan sapa engkau. dan jangan cakap belakang yang aku ne sombong! bullshit tahu tak?!! tahi lembu!!
.
banyak kali aku nampak orang jeling-jeling aku, aku tak tahu lah sebab mereka baca blog aku atau ada najis burung kat kepala aku. tapi yang pasti memang annoying gila. boleh tak engkau orang buat hal sendiri. sebok nak leering aku kenapa? aku memang perengus dan tidak mesra, kalao aku suka aku tegur, kalao tidak engkau buat lah hal engkau sendiri. dan kalao aku tak sapa engkau jangan lah engkau ingat aku ne tak suka engkau, jadi engkau buat andaian mudah yang aku ne discriminist dan terus kata aku sombong. what the fuck engkau?!! orang-orang macham ne memang patut kita tolak jatuh dari bangunan Vista Angkasa sampai mati. aku memang susah nak tegur orang, jadi dari engkau orang membuat andaian yang aku sombong, cuba engkau orang tegur aku. kena cara aku boleh masuk kalao nak sembang, tapi kalao tak kena gaya memang engkau aku tak pandang sampai mati lah. unless aku jatuh cinta kat adek engkau.
.
lepas tu ada lagi, aku tulis blog sebab aku nak cerita pasal hal-hal aku, kalo engkau suka, engkau baca. kalao tak suka, boleh tak ko jangan baca lagi? ne tidak, lagi tak suka lagi tu lah engkau baca. harghhh!! pelik aku macham mana boleh wujud manusia-manusia macham ne. cuba lah mencari kehidupan yang happening sikit. hidup aku tidak happening, biar kan lah, yang engkau, jangan la terpengaruh. haihh penat aku memikerkan tebiat manusia zaman cyber ne.
.
dan satu lagi, aku ne memang tak suka on YM, in fact aku tak suke pon chatting. kalao aku chat pon ocassionally sahaja. dan aku cuma chat dengan beberapa umat manusia sahaja. punya la banyak orang dalam list YM aku tu, tapi beberapa kerat je pon yang chat dengan aku, rasa nak delete je semua orang yang tak pernah chat. ye lah what’s the point simpan? sorry aku bukan jenis show off banyak kawan dalam YM list. (dalam FB ye, tu pon sebab maen Castle Age). jadi kalao engkau orang nak reach aku, mesej je la kat telefon mudah alih Sony-Ericsson-W810i-yang-bangang-selalu-mati-sendiri-dan-selalu-rasa-nak-campak-tapi-sayang aku tuh, atau telefon ke terus, kalao takde nombor henfon aku, tegur lah kat FB aku tu, aku ada je selalu online, cuma yang chat function tu aku set offline, poyo je FB chat. ptuihh. dan kalao takde semua tu? arghh! pegi mampos lah. peduli apa aku.
.
ahh dah la, lagi banyak aku tulis lagi banyak perkara tak best aku teringat. demn la. haa esok engkau orang nampak aku, jangan nak mengada bisik-bisik “tu la budak tu, kurus-kurus pakai spek tu“. ooooh sangat bangsat ok! arghh tensen. tensen. mana lilin? mana? mana????????? lilin aromaterapi lah bodo, lilin kek hari jadi buat ape?!! aku nak tenangkan diri. heeeerrrgghhhh!!! <– sorry la enche Peej aku curik bunyi engkau dah banyak kali dah.
.
.
Marcos:
“aKu JugA rAsa mEreKa YanG tuLiS maChAm nE, saNgaT BaaaAABiIiIiIiii”



October 29, 2009 at 3:00 pm
fuiyoh…marah ni nampaknya.rilex2.
buat x tau ke org2 mcm tu.mmg la menyampah.tp wat pening kepala je kalo pikir.biarlah org nk prejudge pon.