ouh facebook!

well latetly.. ahh malas lah cakap orang puteh.. sejak dua menjak ne, banyak gila orang add aku kat facebook. kalao yang add sebab maen castle age takpa lah, aku lagi suka. boleh ramaikan lagi aku punya kroni nak bantai naga, hydra, keira sumer monters dalam application tuh. tapi makin hari banyak pulak yang tak berkaitan dengan hidup aku datang add. semua ada. perempuan ada, lelaki pon ada. aku ne payah sikit nak approve orang kat fb tuh, sebab tak kenal maka tak perlu lah add. melaenkan kamu add lepas tu kamu memang nak kawan for good, baru aku approve.

.

tapi first impression untuk jadi kawan aku ne penting. sangat sebenarnya. kalao kamu perempuan, sila letak gambar sebenar anda. aku cukup menyampah dengan gegurls (oouh geli gila tulis camtuh) yang tempek muka artis lelaki korea lah, artis jepun lah. heeeerrgghhh!! aku tahu lah kamu peminat cerita asia, tapi boleh tak ketepikan semua tu? jadi lah diri anda yang sebenar. untuk informasi, adalah sangat turn-off kamu berperangai begitu. perkara yang sama juga  jika kamu letak gambar kucing ke (tu memang silap besar la, aku ne tak suka kucing doh), gambar anak saudara ke, gambar dua tiga orang yang mana sorang adalah -well biasa-biasa saja, yang lagi dua adalah sangat hot lepas tu bila aku cek, profile adalah private, bila approve dia adalah yang biasa-biasa itu. ouh Tuhan! kamu tolonglah berhenti gunakan kawan kamu yang hot itu untuk add lelaki-lelaki!! tolonglah!! T________T. dan bila aku cakap tentang first impression, sila lepas aku approve tu tegurlah seperti seorang perempuan yang sopan santun lagaknya. comment seperti – “u ni hensom la.. dok mana, keje apa?“, amat tidak digalakkan. sudah lah eja kacak tak betol, lepas tu sangat pantas bertanyakan aku duduk mana, kerja apa. kamu ne gelojoh ke hape?!!

.

laen pula yang terjadi jika yang add itu lelaki. aku tidak kesah kamu hendak add aku. tapi jika hendak tinggalkan mesej pengenalan, sila lah menggunakan ayat yang tidak mengjengkelkan. ayat-ayat seperti -hi u, buat apew jew?“, “hai you’re so cute, approve plzz“, adalah sangat disturbing.  (ouh aku memang sengaja letak pink). aku adalah sangat takot untuk approve mereka-mereka yang bertindak sebegini. rasa takut itu adalah semula jadi. dan untuk pengetahuan semua. aku benci bila lelaki tulis seperti ini:- jew, lew, kew.. OMG! rasa nak tampar dengan lesung batu oke!! jika kamu punyai kesopanan wanita melayu terakhir sekalipon, sila kekalkan gaya pertuturan anda seperti di dalam kelas bahasa Melayu. aku adalah anti gaya bahasa sebegitu. aku tak kesah apa pon orientasi seksual kamu, aku tahu kamu tak minta untuk jadi begitu, tapi kalao kamu add aku dengan mengharap sesuatu dari aku, kamu silap. silap BESAR!!

.

dan aku suka bila orang add aku, aku akan cek dulu profile dia. kemudian tengok siapa kawan-kawan yang add aku tu. seringkali aku terjumpa nama mereka yang letak nama yang tak relevan. yang terbaru adalah seperti di bawah.

click

click untuk besarkan, untuk tujuan kesedaran semua, nama, rupa dan kenalan beliau terpaksa dirahsiakan

ya benar yakin diri itu penting, tapi meletak kan nama sebegitu walhal rupa kamu tidak lah seindah perkhabaran yang dinyatakan adalah sangat lah mengecewakan. yakin diri dan sedar diri itu banyak bezanya. yakin diri itu perlu kerana jika kita tidak yakin kepada diri sendiri siapa lagi yang akan yakin dengan kita. tetapi harus diingat kita perlu ada kesinambungan dengan sedar diri. sudah lah kacak, coolguyz lagi. OMG! apa kah yang kamu cuba bukti kan di situ? aku sangat tidak paham. aku bukan bertujuan hendak menghentam, tapi lebih kepada teguran. kepada kamu dan kepada diri sendiri.

.

dan aku juga pelik dengan manusia-manusia yang sangat perahsia di dalam laman sosial. ya perkara peribadi memang perlu kita rahsiakan seperti umur (kebiasaannya wanita), berat badan (juga wanita), pekerjaan, alamat tempat tinggal, gaji dan beberapa perkara lagi. tetapi jika muka sendiri pon dirahsiakan. apa kes? sekurang-kurangnya letak lah satu gambar sebenar kamu. jika semua gambar adalah gambar pemandangan alam ciptaan Tuhan, gambar kartun Naruto, adalah pelik tahu. kalau pon kamu pemalu, jangan lah sampai begitu sekali, sepatutnya kalao begitu, baek kamu jangan masuk terus ke laman-laman begitu.

.

baek, aku rasa aku cuma nak komen pasal orang yang add aku tadi, tapi entah macham mana terbawak-bawak pula ke topik yang tak sepatutnya. oke lah, semoga berjumpa lagi di laen entry, tentunya di waktu yang sama.  selamat malam!

.

img_0406__oPt

gambar selingan.. PEREZ HILTON as GAGA.. arghh.. i burned my eyes!! ouh come on perez!!

.

.

Marcos:

“alamak esok sudah hari Isnin.. (“-_-), ouh oh.. lagi satu, apakah yang ada pada R-Patz (sila google)? dia tidaklah kacak sangat pon, jadi kenapa hampir separuh wanita di dalam dunia termasuk Perez Hilton sangat memuja dia?? hmm..”

8 Responses to “ouh facebook!”

  1. iZZie Says:

    eiiippp kamoooo..!! jgn persoalkan kekachakan R-Patz okeh!! he always make me go ga-ga dgn senyumannya itu!! tenungannya..waaaaa…!! ketinggiannya + susuk badannya..sgt mengiurkan pabila dia memakai tuxedo..OMG!! OMG!! OMG!! ooooo-eemmmmm-jiiiiiiii!!!!!

    *new moon is coming to the cinema this 27th nov!!!*

  2. wrawos Says:

    HAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHA!!! beta pong menyampah pabila mereka – mereka menggunakan perkataan jew , keww,dan menggantikan s sebagai z dan dan aku sebagai aq or ak.

    auuuuuwwww

  3. iZZie Says:

    ooohhh.. u know why he is so damn hot?? because R-Patz plays PIANO and guitar!!!! he even writes songs!!

    i dunno abt u but for me, a guy who can play piano will make my heart melts…wuwuwuwu

    oh..R-PATZ *kissing him*

    • khaiRie Says:

      why my heart should melts when a guy plays the piano? it would be so damn weird for me to melt over a guy. what are you thinking? *ohox* *ohox* T________T. but if it happens to be a good song/tune/melody, i might be. only to the song, regardless the piano player is a guy of girl. hiashh..

  4. wani ezryl * Says:

    hohs kite pun sbnrnya xske org2 yg menaip pakai ‘lew’ kew’ ‘pew’ ‘jerp’ and ntah apa2 lg. walaupun begitu kupendamkan jua kerana xsampai hati nk bitau.. lolx! :P

    dan pada pendapat sy lah kan, org2 yg xhandsome mmg suka meletakkan nick kacak coolguyz begitu. ini menyukarkan kami untuk menyaring yg mn 1 sebenarnya lelaki kacak!! ahax *ataupun lelaki2 kacak sebenarnya da pupus??* T_Tv

    dannnn kite pun adalah xske orang2 yg meletak photos selain photo diri sendiri (photo alam semulajadi punya la banyak, photo dia sekeping pun xde!! wtheck!)

    ok. emo sedikit di situ. HAHA

    • khaiRie Says:

      1. tu la awak baek hati sangat la cik waniE, which is a good thing about you.. ahaaaks XD

      2. jika beliau meletakkan gambar sendiri, anda tidak akan menghadapi masalah ketika saringan dijalankan. *saya masih wujud btw.. hahahaha :p*

      3. marilah kita wujudkan group “anti-gambar-pemandangan-sahaja-tanpa-gambar-sendiri” di facebook. lebih mudah, lebih jimat. ngee XD

      4. eh? tidak mengapa, emo sekali sekala itu perlu, jangan selalu. :D


Leave a Reply