pagi tadi bangun pukul 6am. tapi sebab penat semalam tak habis lagi, tertido balik. sedar-sedar pukul 6.42am. gila! sudah lah kena pergi Cyber dengan menumpang Ayu Kama, lambat pula. lepas tu, siap cepat-cepat, pukul 7am keluar rumah. tengah melintas padang, bas aku dah blah. aku nampak sayup-sayup dari jauh. sedeh gila kena tinggal bas. jadi memang lambat. Ayu Kama pon dah berapi tunggu aku tak sampai-sampai. err.. sorry.
.
hari ne berjumpa dengan dua orang puteh. satu mix Chuck Noris dengan Hulk Hogan , satu lagi Jon Markovich botak. misai Chuck Noris/ Hulk Hogan sangat panjang. gila la, ini lah kali pertama jumpa manusia begitu secara langsung. sebelum ini, panorama begitu hanya boleh di lihat di kaca televisyen sahaja. dan Jon Markovich botak sangat kelakar. Jon (ouh mari kita panggil dia Bill sahaja), semalam dia nampak telefon warna merah. dia angkat gagang telefon tersebut dan berkata, “HELLO, BARACK OBAMA? BARACK OBAMA??“, “red telephone connects to white house..“, hari ne dia buat lawak lilit leher Chuck Noris dengan kabel monitor, lepas tu buat gaya nak cekik-cekik orang lah. lepas tu ada satu lagi dia cakap, “ouh, there’s one more projector? you can project it here” *sambil tunjuk kat kepala botak licin dia tuh*. bengong gila.
.
ouh ingat tak semalam aku kata akan dapat sesuatu tu. hmm, dapat headphone dan set secret recipe. kek indulgence dengan jasmine tea. dapat masa lewat petang. oleh kerana harga semua tu per head tak sampai rm200 seorang, jadi boleh la nak makan. tapi kami neutral oke. ouh ya, cheesecake juga ada.
.
hari ne juga adalah super penat. aku mahu tido. aku mahu hujung minggu. aku mahu berehat sepuas-puasnya hujung minggu ini. hari minggu ini sangat penat ke sana ke mari. aku rasa esok juga akan sampai pukul 10 malam ke rumah. hah.. ini lah dugaan. jom kita bersabar.
.
.
Marcos:
“maaf sangat penat, jadi entry juga pendek-pendek..”


