.
aku di Subang 2 sekarang. tengah hari tadi bertolak dari Subang 2 ke Kelana Jaya. menghantar mummy, kakak, abang ipar dan adik abang ipar aku ke pejabat Tabung Haji kat situ. diorang nak berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji, iaitu rukun Islam ke-5 [baca: lima]. kat rumah tu kami berkumpul dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak, baca doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka berempat di sana, dan semoga perjalanan pergi dan pulang mereka selamat. insyaAllah.
.
aku bawak kereta kakak aku, mula-mula nak car pool aje, tapi dah penuh. tapi tengok-tengok jarum minyak kereta tu dah mencecah takuk paling last (empty lah tu). itu pon tersedar masa dah separuh perjalanan. ya Allah! macham mana ne?! jadi nak tak nak memang tawakkal aje lah. niat kita baek nak menghantar keluarga pergi ke Tanah Suci kan? semoga Tuhan tolong aku. tak habes-habes la aku berdoa jangan la mati tengah jalan. tolong la.. tolong laa.. T____T. haru weyh kalao kereta berenti kat tengah jalan raya.
.
naseb baek sempat sampai sana. kat sana sampai-sampai kena jaga beg diorang, sebab dah masuk waktu Zohor, dan diorang nak jama’ terus (diorang dah dalam perjalanan kan). habes tu turn aku lah pulak solat Zohor kat situ. kate musolla, tapi luasnya dah macham masjid dah, besor gile. lagi besor dari surao Menara Tabung Haji kat Ampang tu. kemudian selesai tu, kitorang gerak pegi bawah khemah yang disediakan kat situ. ye la nak duduk-duduk kan? takkan nak berdiri aje. so melepak-lepak la kami kat situ dengan sanak saudara kedua belah pihak. lapar kami pegi makan kat cafe Bangunan Tabung Haji tu. makanan kat situ mahal. minuman pon sama. air tin kickapoo harganya -RM1.80. harap maklum. time ne memang sangat untung diorang naekkan revenue diorang. teruskan berusaha!



