fardhu haji

DSC03058

alat yang membantu aku melihat dunia dengan lebih jelas..

.

aku di Subang 2 sekarang. tengah hari tadi bertolak dari Subang 2 ke Kelana Jaya. menghantar mummy, kakak, abang ipar dan adik abang ipar aku ke pejabat Tabung Haji kat situ. diorang nak berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji, iaitu rukun Islam ke-5 [baca: lima]. kat rumah tu kami berkumpul dengan sanak saudara kedua-dua belah pihak, baca doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka berempat di sana, dan semoga perjalanan pergi dan pulang mereka selamat. insyaAllah.

.

aku bawak kereta kakak aku, mula-mula nak car pool aje, tapi dah penuh. tapi tengok-tengok jarum minyak kereta tu dah mencecah takuk paling last (empty lah tu). itu pon tersedar masa dah separuh perjalanan. ya Allah! macham mana ne?! jadi nak tak nak memang tawakkal aje lah. niat kita baek nak menghantar keluarga pergi ke Tanah Suci kan? semoga Tuhan tolong aku. tak habes-habes la aku berdoa jangan la mati tengah jalan. tolong la.. tolong laa.. T____T. haru weyh kalao kereta berenti kat tengah jalan raya.

.

naseb baek sempat sampai sana. kat sana sampai-sampai kena jaga beg diorang, sebab dah masuk waktu Zohor, dan diorang nak jama’ terus (diorang dah dalam perjalanan kan). habes tu turn aku lah pulak solat Zohor kat situ. kate musolla, tapi luasnya dah macham masjid dah, besor gile. lagi besor dari surao Menara Tabung Haji kat Ampang tu. kemudian selesai tu, kitorang gerak pegi bawah khemah yang disediakan kat situ. ye la nak duduk-duduk kan? takkan nak berdiri aje. so melepak-lepak la kami kat situ dengan sanak saudara kedua belah pihak. lapar  kami pegi makan kat cafe Bangunan Tabung Haji tu. makanan kat situ mahal. minuman pon sama. air tin kickapoo harganya -RM1.80. harap maklum. time ne memang sangat untung diorang naekkan revenue diorang. teruskan berusaha!

.

DSC03063

adeq-adeq aku yang dua orang itu, suma nya rock!

.

kemudian lepas makan duduk-duduk bawah khemah lagi, Ima dan hubby baru sampai terus join duduk-duduk. oh ya! Halim (abang aku yang tua setahun dari aku) pon dah balik Malaysia. pon join hantar mummy and the geng jugak. so time-time tu la semua anak-anak yang hantar sembang-sembang dengan mummy, amek gambar dengan mummy. kat dua bulan weyh mummy kat sana! rindu oke!! tak lama tu, diorang kena check in masuk ke dalam dah. mintak maaf dengan mummy, halal kan apa semua. cium pipi sket. mintak maaf dengan abang S, mintak maaf dengan kakak. semua lah. lambai-lambai bila diorang nak masuk. mula-mula aku ingat aku ne rock. tak nangis. ye lah diorang pergi Tanah Suci kan? kenapa nak sedih kan? patut kita kena gembira. tapi masa dengan kakak tu dia pesan, tolong jaga anak-anak dia kat rumah tu, dia dan hubby takde. tengok-tengok kan lah diorang. terus rasa sebak oke. rupa-rupa nya tak rock sangat la kira nya aku ne, rock kapak rupenya! leleh pulak tetiba kan? wuuu. T_____T.

.

DSC03065

Emma (kakak yang tak berapa nak rock sangat) dan hubby, aku dengar dia dah knocked up, kalao betul -tahniah!!

DSC03066

kakak yang dok Kajang yang memang takkan rock (background laki ima n tangan si Ah Leng)

DSC03067

yang pakai lengyard tu la yang pegi haji. dari kiri yang pakai lengyard: Kak Ikin (adik abang S), Kak Bia and Mummy

DSC03070

abang ipar saya

.

kemudian, nak balik tu sangat adventure oke. tank kereta kosong. dan aku da agak mesti jam punya. tak yah agak, memang betul pon jam masa nak keluar tu. kureng betol la. memang nebes habes la time tu. jangan la mati tengah jalan kan. asyik doa je. tolong lah.. tolong laa.. so bila dah masuk jalan menuju ke LDP tu terus amek U-turn ke Kelana Jaya balik. singgah kat Shell depan Giant. fuhhh lega. kemudian balik Subang 2 ikut Kelana Jaya and Ara Damansara. naseb dah expert belah-belah situ. selalu dulu masa dok sini lalu situ.

.

so sekarang ne, aku kena jaga amanah untuk jaga rumah kakak and abang ipar aku kat Subang 2 ne sepanjang diorang pegi tunaikan haji and jaga anak-anak diorang sekali. fuh mencabar tu. tak pasal-pasal jadi guradian budak-budak ne. tapi naseb la aku ne kira berpengalaman la jugak jaga budak. jadi tak kekok la melayan karenah diorang, dan budak-budak tu pon oke dengan aku. dan paling penting, mak abang ipar aku pon ada sekali untuk jaga budak-budak neh, kalao tak memang jenuh la. nak-nak hero paling kecik sekali tu. hyper betol!  oh anak-anak saudara Ayah Teh sekalian, jangan nakal-nakal okeh! kalao tidak Ayah Teh rotan!! hahaha XD tak la, mana pernah rotan kan. paling kuat pon pulas telinga aje. hehehe.

.

oh! ne nanti pukul 8pm ne kena call Abang Azlan jiran rumah sebelah nak pegi Palace of the Golden Horses. sebab Abang S baru jap tadi telefon, charger henfon tertinggal. and kebetulan pulak flight nak ke Tanah Suci delay sampai pukul 3.45am. huihhh. sabor je dengar kan? cabaran orang kata. so nanti nak ke sana lah dengan Abang Azlan, tak tahu jalan nak ke sana, jadi gi dengan dia aje. hohoho. aku memang dah geng dengan jiran-jiran kawasan rumah kakak aku neh. kakak yang lagi sebelah pon aku dah geng. kira row rumah kakak aku ne, hampir separuh tu aku kenal la (sebab diorang ahli surau, jadi kenal la dulu masa posa selalu turun surau gi tarawih kan). so takda masalah nak mintak tolong. hehehe. oke lah nak siap sedia pulak ne.

.

.

Marcos:

“hmm.. semoga mereka mendapat haji yang mabrur.. amin :)”

Leave a Reply