off to Jeddah.
.
assalamualaikum.
.
.
Khairie Rahman
Author Archives:
.random
assalamualaikum,
.
hari ne aku amek EL, sebab semalam tak sempat nak tukar duit kan. jadi hari ne pergi la lagi ke Mid Valley, sebab kat situ rate dia murah sikit. haha. sekali hari ne pon masih tak ada stock currency tu. sobs.
.
malas nak fikir banyak, aku pergi ke KL Central untuk tukar duit. tapi sesungguhnya, menunggu komuter datang merupakan penyeksaan mental yang maha dasyat. yang aku boleh katakan, kekurangan kerusi untuk menunggu bagi penumpang-penumpang, jadual perjalanan keretapi yang sentiasa berubah-ubah [baca: dibatalkan], dan juga timbunan penumpang-penumpang yang semakin banyak kerana keretapi tidak sampai mengikut masa yang ditetapkan, itu semua merupakan kelemahan-kelemahan yang tidak patut wujud lagi pada masa kini.
.
tapi berkat menunggu dengan sabar, akhirnya dapat juga naik keretapi komuter yang baru. warna putih. ok lah. habis tukar duit di KL Central, patah balik ke Mid Valley (pun dengan komuter, tapi tidak lah lama seperti awal-awal tadi). pusing-pusing sekejap, masuk dalam Uniqlo yang baru bukak tu, terembat lah pulak dua baju One Piece dengan dua seluar denim regular fit. TER. ok. TER. hahaha. bayar bil lebih kurang, kemudian pi UPM amek Hajar, Adeq dan Angah (niece).
.
lepas tu singgah IOI Mall, carik barang kecik-kecik. lepas tu balik terus ke Subang. sampai-sampai je penuh seisi rumah. Abang Anis (abang #2) datang satu family, dengan family Kak Yu (kakak #4) lagi, tuan rumah sekeluarga lagi (kakak #7) semua. meriah macham hari raya pulak. hahaha.
.
sekarang ne gelupur sebab tak habis kemas baju lagi. flight esok dah ne. matilah. ok nak kemas baju. kbai.
.
ps:- takde gambar, tak sempat nak snap or ber-draw something. huu.
.
.
Khairie Rahman
.Chilis n DrawSomething
assalamualaikum,
.
semalam selepas kerja, aku kena selesaikan urusan-urusan mana yang belum selesai untuk pergi melancong ke luar negara hari Sabtu ne. dengan mana nak cari beg baju nya, nak keluarkan duit lepas tu nak tukarkan duit nya, kelam kabut sungguh aku waktu tu. satu hari stress fikirkan urusan-urusan yang masih belum selesai. alhamdulillah, lebih separuh urusan-urusan dah siap, tinggal tukar duit sahaja yang belum, sebab teller takde stock duit tadi, esok aku nak pergi lagi, harap-harap ada lah.
.
oh some pictures selepas waktu kerja tadi, gambar dinner jer :P
.
.
and some Draw Something pictures from yesterday. haha (still can’t get enough of it :P)
.
.
ok itu sahaja lah untuk kali ini, semoga bertemu lagi :)
.
ps- balik-balik muka-muka sama je aku tempek dalam belog. ok nanti aku tempek muka yang jarang-jarang aku tempek. insyaAllah :)
.
.
Khairie Rahman












