kau nak aku jadi reaper?

reaper

Hello My Name is -Khairie, Have a Bad Day!

.

petang tadi tengah rileks sambil tengok cerita ‘Reaper’, tiba-tiba nampak kelibat kakak aku yang dok kat Klang tu kat pintu bilik. eh? bila masa pulak dia datang. tak dengar pon. ouh btw aku dok kat tingkat atas time tu. so bangun la gi salam dia. dia datang dengan hubby dan adik-adik aku yang dua orang tu. diorang duduk kat rumah kakak aku sekarang. ye la balik kampung pon takda sapa-sapa. mummy pon pegi haji gak.

.

so turun bawah, sembang-sembang dengan abang ipar aku tu. ouh, diorang keluar shopping barang-barang rumah. gi Giant Klang tu. then katanya nak tengok budak-budak kat Subang ne. tu yang tiba-tiba muncul tu. bagus gak diorang datang. at least rasa best sket bila family datang kan? tapi sebab dah nak pukul 6 p.m. aku make excuse nak keluar gi pasar malam. nak beli bahan basah untuk masak.

.

so dapat la list apa yang nak dibeli. ayam ada la dalam beberapa ekor, ikan keli, ikan temenong, dan ubi kentang. tiba-tiba terpike, ikan temenung?? ikan hape tu?? tak pernah seumur hayat aku dengar nama ikan termenung. hahaha. so pegi la pasar kan. ingatkan ayam, ikan kat situ tak fresh, sekali kau. ayam tu, dia semelih kat situ jugak. gila scary doh. tapi takde la aku beli yang fresh sangat tu. beli yang dah siap-siap keluarkan perut lah. ikan keli pon sama. hidup lagi. aku kata nak berapa kilo tu, terus kakak tu amek kayu, pegi ketuk kepala ikan tu. wooooooooh!! kenapa banyak sangat babak scary kat pasar neh?!! boleh nightmare dowh! jadi soh dia siang siap-siap. ikan temenong tu pusing-punya pusing, tanya kat satu brader jual ikan tu. ada tak? dia kata ada. turn out that ikan temenong is ikan kembong. lerrr. asal la tak bagitao ikan kembong je awal-awal. temenong plak. Jawa eh??

Read the rest of this entry »

no.. kenot!

jangan nilai rupa luaran mereka..

diorang

.

tadi masa makan malam, tiba-tiba mak abang ipar aku masuk ke dapur (kita panggil sahaja beliau ‘Embah’ – gelaran bagi nenek di dalam bahasa Jawa). aku pon tanya lah sama ada, bahan basah untuk masakan ada lagi ke tidak. dia gelak je. lepas tu geleng kepala. ooh, kena cari la ikan ke, ayam ke atau daging ke esok pagi, pike aku dalam otak. lepas tu cakap la kat Embah ne, esok kerie cari sume tu kan. lepas tu Embah ne cakap – “laa, esok kan pasar malam“, dengan loghat Jawa pekat jawab nya. maknanya, tak payah susah-susah cari esok pagi, cari kat pasar malam aje.

.

hoh. lagi suka sebenarnya, tak payah esok bangun awal-awal pagi sangat. hehehe. budak-budak tu bila dah dengar pasar malam, apa lagi. tengah makan pon sebok kenen-kenen kat aku nak ikot. nak ikot. nak ikot. aku nak makan pon rimas pegi tarik baju aku la. haihh. TIBA-TIBA boleh pulak si Sumaiyah tu cakap – “waaaah, pasar malam?? HMMMMMM.. *evil grin*  boleh beli DURIANNNNN..!!“. *petir*

Read the rest of this entry »

skype

hari ne aku adalah kejakunan. kenapa? haa sekejap la, ne nak cerita ne. siang tadi, aku nampak Ayu ligat sangat meng-skype. laju je jari jemari dia menaip. lepas tu tekan membran keyboard laptop dia tu kuat-kuat. memang gedik la. ok lupakan Ayu, hampir setiap entry dok sebut nama dia. tentu korang sengsara kan? aku pon dah naek jemu dah. tapi nak buat macham mana. setiap hari sok menghadap minah ne. “haaaii nasebbb badannn..” (“-_-). tapi tetap bersyukur la walao macham mana pon, sebab kalao dia takde, bosan gak hidup nanti. oh ye kat mana aku tadi? haa. skype.

.

so mintak la installer dengan si Ayu (eh? Ayu lagi). install punya install, add la beberapa kerat manusia. menarik gak rupenye. so far aku prefer skype lagi kot dari Y!M. so jakun kan, buat call kat minah yang aku sebut tadi. dia pulak melayan pegi answer. padahal dok depan mata je. memang batak la pagi tu maen calling-calling kat laptop. lepas tu gelak kekaguman ramai-ramai. memang kalao pike-pike balik, ape ke bodo la buat perangai batak pagi-pagi camtu kan? pathetic sangat tapi takpe, janji kita happy!

.

lepas tu melarat, dah berenti maen call tu, add la budak-budak ne kan. hoh. yang terpilih aje lah. yang aku rasa boleh bawak sembang je la. so memang ada beberapa ketul je la nama manusia. kemudian, batak lagi. maen-maen miscol kat semua orang. aku pon tak paham kenapa aku boleh jadi sebatak tu. memalukan betol. hishh.

.

tapi aku adalah sopan di dalam skype. aku guna kata ganti nama pertama -saya (sy), dan kata ganti nama kedua -awak (awk). tidak menggunakan aku/ko melaenkan terlepas tulis bila terlalu mengikut perasaan. sopan kan saya? hahaha *lempang diri sendiri*.

Read the rest of this entry »