mereka yang aku sayang

wang kertas

wang kertas (click untuk besarkan)

.

tadi aku bukak gambar-gambar lama. lepas tu terjumpa gambar ne. ini gambar wang kertas dari seorang kawan yang sangat sangat sangat teramat (oke we get it!) baek dengan aku. nama dia Nadia (oke memang terpampang kat situ kan..). kami kawan sejak tingkatan empat sampai sekarang. dia sangat baek, lemah lembut, caring, concern dan macham-macham lah. sekarang the best girlfriend i ever had ialah dia. dan walaupon dia rendah, sedikit berisi, dan lebih tua, aku memang sayang gila kat dia, jangan salah faham, sayang kepada kawan-kawan lah. jadi siapa-siapa lukakan dia, tak kira lah fizikal ke, emosi ke. memang aku akan hancurkan orang tu! ini adalah amaran!!

.

a

jersi nombor 7

.

ini pulak keychain jersi merah the RED DEVIL!!. nombor tujuh. hadiah daripada kawan perempuan yang aku sayang jugak. nama dia Reenee. aku kenal dia kat universiti dulu. mula-mula kitorang pergi satu kem ne, kat Cameroon Highland. tak rapat sangat, tapi lepas tu kitorang pergi jadi askar kat Kem Terendak, Melaka. kat situ kitorang satu team (kot). tapi lepas tu jadi rapat gila. lepas-lepas tu, kitorang selalu la lepak sekali sebab kitorang dok dalam kolej serumpun, maknanya walaupon kolej laen-laen, tapi still dalam tempat yang sama. dan dia suka buli mintak aku buatkan kerja rumah dia (business admin punya assignment hahaha). keychain ne dia beli masa dia lawat kakak dia kat Scottland. (entah eja negara orang betol ke tidak). macham tahu-tahu je tu nombor feveret aku. thanks lof, i lav u!! tapi keychain ne aku tak jumpa pulak kat mana sekarang. aku tinggal kat pejabat ari tu, ne dah kena pindah randah ne entah mana-mana barang-barang aku hilang. so sapa-sapa kalao terjumpa tolong pulangkan boley? aku sayang gila keychain tu. pleaseeeee T_______T.

Read the rest of this entry »

Sungei Wang

tadi pegi Sungei Wan g lepas waktu pejabat, gi dengan Iz dan Bai. Iz nak cari baju, Bai nak cari barang untuk birthday bash bf/tunang dia. aku? teman je plus windows shopping. so gerak-gerak sampai la ke sana. mula-mula masuk kedai baju ape ntah, Iz nak cuba baju, Bai tetiba nak beli belt. tapi belt yang berkenan takde dalam stock. so tinggalkan Iz sebab dia nak try berapa banyak baju entah. babai Iz. so aku ngan Bai pon jalan-jalan. singgah kedai itu, kedai ini. demn, banyak pulak baju best-best kat sini. demn demn demn. pastu Bai ajak masuk MPH. tetiba nampak Twilight saga. total RM188. wahhh tempting. rasa nak beli, tapi pike-pike aku bukan membaca sangat pon. so tak beli.

.

kemudian jalan-jalan lagi. tak lama tu Iz join kitorang, masuk kedai baju itu, kedai baju ini. tapi semua kedai perempuan ah. Bai suke nau tanye pandangan aku bila pilih-pilih baju ne. jadi aku seperti biasa akan kritik la mana yang patut, macham baju ne stailo ke tak kat body dia, baju tu nak pakai dengan legging ke, jeans ke, kaler ape, padankan dengan belt apa, tudung macham mana, kilat-kilat tu ok ke tak. eh? tetiba menjadi fashion advisor pulak. err. lepas tu masa kitorang masuk kedai baju lelaki, tetiba Iz dapat call dari Mr.K. nak bertemu ceritanya. jadi Iz pon blah. babai again Iz. take care.

.

kemudian aku ngan Bai pusing-pusing lagi. aku nak carik bangle kaki. eh tak, yang macham tali tu, tapi kat kaki. stailo gila doh aku tengok orang pakai aritu. jumpa, tapi tak beli lagi. next month lah. pusing lagi, singgah kedai cincin/jed/loket ne. Bai nak tengok loket. dia berkenan tapi mahal lah pulok. pastu cuba cincin besar. aku pon cuba jugak cincin. last-last kat situ, Bai tak beli pape, aku pulak yang rembat dua ketul cincin. tapi memang pueh ati. memang hensem la. hahahaha. cuma slek sikit bila amoi tu kata jari aku macham perempuan sebab saiz cincin kecik sangat. demn u amoi. tak laen nak kutuk aku kurus ar tuh. ouh ye cincin tu adalah tungsten, sila google sekarang jika tak tahu apa itu tungsten.

.

kiri

tungsten kiri

Read the rest of this entry »

sekitar lawatan ke Teluk Intan

lepas majlis tu, kitorang nak gi rumah Zonan, tapi Zonan adalah keji. tak bagi kitorang datang. semahu-mahunya tak bagi kitorang datang. kureng betol ko Zonan. tapi in return dia bawak pusing Teluk Intan tuh. pegi Menara Condong. bunyi macham -”waaaaaaaaahhh!! Menara Condong?? macham Pisa punya ke??“. sekali pegi tengok adalah ketot sahaja. punah sudah impian, grr, ingat kan menara tu tinggi lah kan. tertipu dan ditipu rasanya. jadi seperti biasa, sepam gambar lagi. biar mati wordpress bodo sangat sapa suro bagi IO error manjang..?

.

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan.. memang patriotik ah..

Read the rest of this entry »